Operasi Kerja Kedai Komputer Tera Tech

Operasi kerja kedai komputer terdiri daripada beberapa aspek penting iaitu :

  • Penjualan dan layanan pelanggan.
  • Pemasangan dan ujian komputer.
  • Pembaikan dan penyelenggaraan.
  • Pengurusan inventori.
  • Pemasaran dan promosi.
  • Pentadbiran dan kewangan

1. Penjualan dan layanan pelanggan

Skop kerja yang terdapat pada aspek penjualan dan layanan pelanggan merangkumi segala yang berkaitan tentang cara pekedai ataupun penjual melayan pelanggan mereka seperti :

  • Menerima pesanan pembelian daripada pelanggan seperti komputer, periferal ataupun perisian.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan mengenai maklumat produk.
  • Memberi nasihat dan cadangan kepada pelanggan.
  • Menyelesaikan masalah pelanggan.
  • Mengatur proses penghantaran barang yang merangkumi tarikh, masa dan tempat penghantaran.
Customer holding document and smiling while bank teller serving.

2. Pemasangan dan layanan pelanggan

Pemasangan dan ujian komputer merupakan proses dimana juruteknik memasang komputer pelanggan mengikut spesifikasi mereka atau dengan kata lain mengikut bajet yang mereka ada.

Tugasan ini melibatkan beberapa sub-proses seperti memasang perkakasan, memeriksa sambungan yang telah dipasang, menguji fungsi komputer bagi memastikan komputer boleh diguna atau tidak.

Memastikan komputer yang telah dipasang berfungsi dengan baik dengan melakukan test run ataupun ujian sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Hal ini dilakukan bagi mengelakkan terjadinya sebarang ketidakpuashatian pelanggan dan menjaga reputasi syarikat disamping dapat meningkatkan keuntungan syarikat dan seterusnya mengelakkan daripada mendapat ulasan buruk daripada pelanggan.

Layanan Pelanggan

3. Pembaikan dan penyelenggaraan

Pembaikan merupakan proses dimana juruteknik melakukan diagnosis ataupun pengenalpastian masalah pada komputer pelanggan. Masalah yang telah dikenalpasti biasanya merangkumi masalah yang berkaitan dengan perkakasan sehinggalah masalah yang berkaitan dengan perisian komputer.

Penyelenggaraan pula merupakan suatu tugasan yang dilakukan oleh juruteknik dengan tujuan untuk membersihkan habuk dan debu yang mungkin terdapat didalam komputer pengguna ataupun pelanggan.

Selain itu melalui proses penyelenggaraan juruteknik boleh memantau serta memanjangkan jangka hayat perkakasan elektronik dengan hanya membersihkan habuk habuk yang terdapat didalam komputer ataupun laptop pelanggan.

Juruteknik biasanya akan memberi nasihat kepada pengguna ataupun pelanggan agar sentiasa membuat penyelengaraan keatas komputer ataupun laptop mereka bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal daripada terjadi.

Tempoh masa yang ideal bagi melakukan penyelenggaraan ialah dalam tempoh 6 ke 8 bulan mengikut cara penggunaan pelanggan.

Pc doc

4. Pengurusan inventori

Pengurusan inventori merupakan suatu proses tugas dimana juruteknik akan memantau stok fizikal barangan ganti bagi mengelakkan terjadinya Overstock ataupun stok berlebihan, low on stock ataupun kekurangan stok dan juga no stock ataupun ketiadaan stok.

Stok inventori barangan gantian biasanya terdiri daripada alatan gantian komputer seperti Ram, Skrin LCD dan juga storan komputer seperti HDD dan juga SSD.

Juruteknik hendaklah memastikan barangan gantian komputer sentiasa tersedia bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Apabila stok fizikal sudah berkurang juruteknik hendaklah melakukan pesanan semula kepada pembekal barangan gantian.

Selain itu juruteknik juga hendaklah peka mengenai jenis barangan yang mempunyai permintaan ramai.

Inventory management

5. Pemasaran dan promosi

Pemasaran dan promosi merupakan salah satu cara bagi pekedai ataupun juruteknik meluaskan pasaran mereka bagi meningkatkan jualan, keuntungan dan seterusnya menarik pelanggan untuk datang ke kedai ataupun tempat mereka.

Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang dibuat oleh pekedai ataupun juruteknik seperti :

  • Sosial media seperti facebook, X (Twitter), dan juga Tik tok.
  • Laman web.
  • Iklan dalam talian (Online ads).
  • Ulasan dalam google (Google Review).

Selain itu pekedai ataupun juruteknik boleh juga melakukan aktiviti pemasaran dengan membuat harga promosi pada barangan mereka disamping memberi diskaun ataupun potongan harga bagi produk mereka.

Promotr

6. Pentadbiran dan kewangan

Pentadbiran bermaksud cara bagi seorang juruteknik menguruskan perkara – perkara yang berkaitan dengan tempat mereka seperti rekod jualan, invois dan juga pembayaran pelanggan.

Pengurusan yang baik membolehkan seseorang juruteknik itu sentiasa berada dalam keadaan yang tidak rumit dan membingungkan.

Hal ini kerana dengan adanya pentadbiran yang baik, juruteknik boleh sentiasa memantau keadaan tempat mereka dengan lebih efisien dan teratur.

Kewangan pula merupakan perkara – perkara yang berkaitan dengan gaji kakitangan, pembayaran pembekal dan juga kewangan kedai komputer yang diurus oleh juruteknik.

Perkara ini merupakan perkara yang penting bagi memastikan segala aktiviti yang memerlukan sumber kewangan dapat dijalankan tanpa ada sebarang masalah.

Oleh itu adalah penting bagi memastikan sisten pengurusan sesuatu kedai komputer sentiasa berjalan dengan baik bagi memastikan tidak ada sebarang masalah yang timbul disamping dapat mengurus semua aspek kerja kedai komputer dengan berkesan.

Administration

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Tuaran – Kota Kinabalu – Papar.

Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top