Windows Command Yang Perlu Anda Tahu untuk Meningkatkan Produktiviti

Hari ini, kita akan melihat beberapa command Windows yang penting dan patut anda ketahui.

Command-command ini boleh digunakan pada Windows 10 dan Windows 11.

Dengan menggunakan Run Commands ini, anda dapat meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pelbagai tugas harian anda di komputer.

Senarai Command Windows

Thumbnail
18 Windows Command
  1. Tambah/Buang Program
    Command: appwiz.cpl
    • Tambah atau buang program yang diinstall di komputer.
  2. Device Manager
    Command: devmgmt.msc
    • Mengurus dan menyelesaikan masalah device yang disambungkan ke komputer anda.
  3. DirectX Troubleshooter
    Command: dxdiag
    • Mengesan masalah berkaitan DirectX dan memaparkan maklumat sistem grafik anda.
  4. Disk Cleanup Utility
    Command: cleanmgr
    • Membersihkan fail-fail tidak diperlukan untuk mengosongkan ruang storan.
  5. Display Properties
    Command: desk.cpl
    • Mengurus setting display seperti resolution dan skrin kedua.
  6. Event Viewer
    Command: eventvwr.msc
    • Memantau log sistem untuk kesilapan dan event penting.
  7. Internet Properties
    Command: inetcpl.cpl
    • Mengubah setting server dan sambungan internet anda.
  8. Local Security Settings
    Command: secpol.msc
    • Mengurus polisi keselamatan pada komputer anda.
  9. Local Users and Groups
    Command: lusrmgr.msc
    • Mengurus akaun user dan group pada sistem.
  10. Mouse Properties
    Command: main.cpl
    • Menyesuaikan setting mouse seperti kelajuan cursor.
  11. Network Connections
    Command: ncpa.cpl
    • Mengurus sambungan rangkaian anda.
  12. Power Configuration
    Command: powercfg.cpl
    • Mengurus setting power dan sleep mode komputer.
  13. Security Center
    Command: wscui.cpl
    • Memeriksa status keselamatan seperti antivirus dan firewall.
  14. Shared Folders
    Command: fsmgmt.msc
    • Melihat dan mengurus folder yang dikongsi pada rangkaian.
  15. Sounds and Audio
    Command: mmsys.cpl
    • Menyesuaikan setting bunyi dan peranti audio.
  16. System Properties
    Command: sysdm.cpl
    • Mengurus setting sistem seperti nama komputer dan setting prestasi.
  17. Windows Firewall
    Command: firewall.cpl
    • Mengurus setting firewall untuk keselamatan rangkaian anda.
  18. Versi Windows
    Command: winver
    • Memaparkan versi sistem operasi Windows yang digunakan.

Dengan mengetahui command-command ini, anda dapat menyelesaikan pelbagai tugas dengan lebih cepat dan cekap.
Cuba praktikkan command ini dan lihat sendiri bagaimana ia boleh meningkatkan produktiviti harian anda!

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top