10 Kesilapan Pengguna Komputer Yang Patut Dielakkan

Di bawah kami telah menyenaraikan 10 kesilapan pengguna komputer yang kami dapati dan cara supaya anda boleh mengelak daripada buat kesilapan yang sama.

Tidak Backup Data Penting

Salah satu kesilapan pengguna komputer yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja ialah tidak backup maklumat penting. Hari ini, terdapat banyak kaedah yang berbeza untuk backup maklumat anda sehingga tiada lagi alasan untuk tidak melakukannya. Pastikan anda membuat data backup untuk semua maklumat penting sebelum terlambat.

Klik Next atau Ok Tanpa Membaca

Semua orang menjadi tidak sabar kepada kepuasan segera yang kita semua nikmati setiap hari di Internet. Walau bagaimanapun, disebabkan ketidaksabaran ini, pengguna mengklik Ok atau Next tanpa membaca dan memastikan tiada apa-apa tambahan software yang tidak diperlukan. Pastikan anda membaca setiap prompt sebelum bersetuju, atau anda mungkin akan install segala program yang tidak diperlukan jika anda terus klik ok atau next tanpa membaca terlebih dahulu.

Tidak Save Tugasan

Semasa membuat dokumen sama ada di luar talian atau dalam talian pastikan program tersebut save tugasan anda secara automatik. Jika program tidak save tugasan anda secara automatik, anda perlu memastikan anda save tugasan anda setiap 10-15 minit. Jika komputer kehilangan kuasa, sambungan Internet, atau program rosak, semuanya akan hilang jika anda tidak save tugasan anda.

Mematikan Komputer Dengan Cara Yang Salah

Lebih ramai pengguna belajar menggunakan Telefon Pintar dan Tablet sebelum mempelajari komputer dan tidak semua pengguna tahu kaedah yang betul untuk menutup (mematikan) komputer. Apabila anda selesai menggunakan komputer dan ingin mematikannya, pastikan anda save sebarang kerja, tutup program yang dibuka dan matikan komputer dengan betul.

Membuka lampiran e-mel

Salah satu kesilapan pengguna komputer dan punca dijangkiti virus komputer atau malware adalah membuka lampiran e-mel. Berhati-hati terhadap semua lampiran e-mel yang anda terima termasuk sebarang lampiran e-mel yang anda terima daripada rakan, keluarga dan rakan sekerja. Salah satu taktik yang paling biasa digunakan oleh pengguna berniat jahat untuk menghantar virus adalah melalui e-mel.

Download & Install Bad Software

Cara yang paling biasa komputer dijangkiti virus, malware dan software error ialah daripada download dan memasang bad software pada komputer. Sentiasa berhati-hati terhadap software percuma dan lihat dari mana software tersebut. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sentiasa baca apa yang program sedang lakukan semasa proses installation.

Tempat Anda Download

Terdapat orang berniat jahat yang download fail , mengubah suai fail dengan malware, dan kemudian upload fail dengan nama yang sama. Pastikan anda download dari laman web developer atau syarikat yang bereputasi.

Install Download Manager

Banyak laman web mencadangkan anda install download manager sebelum membenarkan anda download program yang anda mahukan. Alat ini boleh menyebabkan komputer anda lebih banyak masalah, malah mungkin mempunyai malware atau spyware. Elakkan mana-mana website yang menggesa anda untuk install dahulu program lain sebelum anda boleh meneruskan download anda.

Tidak Mengemaskini Operating System dan Software

Evolusi komputer dan software yang digunakan oleh komputer sentiasa berkembang. Selepas program dikeluarkan, bugs dan security threats akan ditemui oleh pengguna. Mengemaskini program penting untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Tidak Menggunakan Surge Protector atau UPS

Surge Protector

Jika anda plug in komputer desktop, komputer riba, tablet atau telefon pintar anda melalui saluran keluar dinding, pertimbangkan untuk menggunakan surge protector. Surge Protector membantu memastikan komputer anda dilindungi semasa kerosakan elektrik dan memastikan tiada apa-apa yang rosak jika lonjakan mengalir ke atas talian kuasa anda.

UPS

Selain itu, jika anda menggunakan desktop, kami amat mengesyorkan anda menggunakan UPS (uninteruppted power supply) pada komputer anda. Walaupun UPS lebih mahal, ia melindungi komputer daripada lonjakan kuasa dan memastikan komputer hidup jika kuasa terputus secara tiba-tiba.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top