Cara Mengawal Dan Sambungkan Komputer Dari Jarak Jauh

Jika anda perlu mengawal komputer dari jauh, atau anda ingin orang lain mengawal komputer anda dari jauh, terdapat beberapa pilihan yang tersedia. Di bawah ialah senarai beberapa kaedah paling popular untuk sambungkan komputer dari jauh untuk diakses atau bantuan jarak jauh.

TeamViewer

TeamViewer ialah perkhidmatan dalam talian yang menghubungkan dua rangkaian komputer yang menjalankan perisian kliennya. Password disediakan sekali pada komputer (yang perlu dikawal), dan dimasukkan pada komputer klien untuk diakses.

Paparan komputer jauh dikongsi pada komputer anda dan anda boleh mengawal mouse dan keyboardnya daripada komputer anda. Software dan perkhidmatan ini percuma digunakan untuk kegunaan peribadi atau dengan bayaran kepada pelanggan korporat.

LogMeIn

LogMeIn ialah remote log masuk SaaS . Ia menyediakan secure web interface yang selamat untuk mengakses dan mengawal komputer jauh sebagai cloud service. LogMeIn tidak menawarkan pelan perkhidmatan percuma, tetapi menyediakan trial 14 hari.

GoToMyPC

GoToMyPC ialah remote software desktop yang direka bentuk untuk “mudah digunakan,” yang mana membolehkan anda melihat dan mengawal komputer lain dari jauh. Diperolehi oleh LogMeIn pada 2017, GoToMyPC menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. CLient software disediakan untuk Windows, macOS, iOS dan Android.

RealVNC

Program VNC asal yang membolehkan pengguna sambungkan komputer lain dari jauh yang menjalankan VNC. RealVNC mempunyai tiga versi berbeza. Versi percuma yang menyokong sambungan standard, dan edisi Profesional dan edisi Enterprise dengan encryption, HTTP & VNC Satu port, pemindahan fail dan banyak lagi.

TightVNC

Open Source VNC Program yang percuma dan membolehkan anda sambungkan komputer lain dari jauh dan mengawalnya. Program ini membenarkan pemindahan fail antara komputer dan menyokong berbilang platform, termasuk Windows, macOS, Linux dan Unix.

Laplink Everywhere

Laplink Everywhere ialah remote software desktop komersial yang menawarkan one-click access, pemindahan fail selamat, remote Outlook akses dan synchronization yang automatik.

Windows Remote Desktop

Pengguna Windows Professional (Windows 10 Pro, Windows 8 Pro, dll.) boleh menggunakan Windows Remote Desktop untuk mengakses komputer Windows lain dari jauh.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top