Jangan Tertipu! Ini Panduan Membeli Barang Komputer Terpakai

Membina sebuah PC berkuasa tinggi kini lebih mudah berbanding dahulu, terutamanya apabila terdapat banyak pilihan barang komputer terpakai di pasaran.

Sama ada untuk gaming, kerja grafik, atau tugasan berat, membeli komponen terpakai boleh menjimatkan ratusan ringgit—jika dilakukan dengan betul.

Namun, seperti juga mana-mana urus niaga barangan terpakai, terdapat risiko yang perlu difahami.

Dalam artikel ini, kami kongsikan komponen mana yang berbaloi dibeli terpakai, bagaimana mengenal pasti tawaran yang bagus, dan yang paling penting, cara mengelak daripada ditipu.

Komponen Yang Selamat Dibeli Terpakai

Terdapat beberapa komponen utama yang umumnya selamat dibeli dalam keadaan terpakai, iaitu:

1. CPU (Processor)

1

Komponen ini jarang rosak melainkan mengalami kerosakan fizikal atau overclocking melampau. Jika diuji dan berfungsi dengan baik, CPU terpakai boleh menawarkan prestasi tinggi dengan harga jauh lebih rendah.

2. RAM (Memori)

RAM moden sangat tahan lasak. Selagi tiada kerosakan pada pin atau prestasi tidak menunjukkan masalah, RAM terpakai adalah antara pembelian paling selamat.

3. GPU (Kad Grafik)

Kad grafik adalah antara komponen paling mahal dalam sesebuah PC.

Membeli GPU terpakai boleh memberikan nilai terbaik, terutamanya jika anda bijak memilih dan membuat ujian menyeluruh.

Walaupun ada GPU yang digunakan untuk mining, banyak daripadanya masih berfungsi dengan baik.

Berhati-hati dengan komponen ini

1. Motherboard

4

Komponen ini agak sensitif. Masalah seperti kapasitor rosak atau pin bengkok boleh menjejaskan keseluruhan sistem.

Namun, jika dibeli bersama CPU dan RAM dalam satu set, ia boleh menjadi pembelian yang berbaloi.

2. CPU Cooler, Kipas, Casing, dan RGB

Komponen ini mengalami degradasi fizikal dari semasa ke semasa. Jika masih berfungsi dengan baik dan dalam keadaan bersih, ia boleh digunakan semula tanpa masalah besar.

3. Monitor dan Peranti Tambahan

Monitor terpakai boleh dibeli jika tiada dead pixel atau masalah warna. Periksa secara fizikal terlebih dahulu sebelum membeli.

Komponen Yang Tidak Digalakkan Dibeli Terpakai

1. Power Supply (PSU)

7

PSU yang gagal boleh merosakkan seluruh sistem. Meskipun PSU berkualiti boleh bertahan lama, ia bukan risiko yang berbaloi diambil. Disarankan beli PSU baru yang mempunyai jaminan.

2. Storan (SSD dan HDD)

Kedua-dua komponen ini mengalami penurunan prestasi dari semasa ke semasa. Sekiranya terpaksa beli, pastikan penjual menunjukkan status kesihatan storan melebihi 95%.

Lakukan Kajian Harga & Prestasi

Sebelum membeli mana-mana komponen, buat perbandingan harga pasaran.

Contohnya, jika anda mempunyai bajet RM1800 untuk kad grafik, bandingkan pilihan kad baharu dan kad grafik terpakai:

  • Kad grafik baharu: RX 9060 XT atau RTX 5060 Ti
  • Alternatif terpakai: RX 6800 XT, RX 7700 XT, atau RTX 3080

Kadang-kadang, walaupun kad terpakai lebih berkuasa, kad baharu mungkin lebih berbaloi kerana disertakan dengan jaminan dan sokongan driver lebih panjang.

Tanda-tanda Penjual yang Meragukan

Berikut antara tanda-tanda anda mungkin berurusan dengan penjual yang tidak jujur:

  • Harga jauh lebih murah daripada pasaran tanpa sebab jelas
  • Enggan menjawab soalan atau tergesa-gesa mahu anda beli
  • Gambar tidak jelas atau langsung tiada
  • Menyatakan alasan seperti “ramai tengah tanya” atau “kena cepat beli”

Jika anda rasa tak yakin—abaikan sahaja. Lebih baik terlepas satu “tawaran hebat” daripada tertipu ratusan ringgit.

Cara Uji Perkakasan (Jika Boleh Berjumpa)

Jika membeli secara bersemuka, bawa laptop atau test rig kecil untuk menguji komponen seperti GPU dan RAM.

Ujian asas yang boleh dilakukan:

  • Main game berat selama 15-30 minit
  • Pantau suhu, bunyi, dan kestabilan system
  • Periksa fizikal komponen (karat, bengkok, debu tebal)

Apa Perlu Buat Selepas Membeli?

  • Bersihkan habuk dengan blower atau kain microfiber
  • Tukar thermal paste jika perlu
  • Pasang driver terkini untuk GPU, motherboard dan sistem
  • Jalankan ujian prestasi selepas pemasangan
  • Pantau sistem dalam 3–5 hari pertama penggunaan

Penutup: Jimat, Tapi Bijak

  • Membeli barang komputer terpakai boleh menjadi langkah bijak jika anda tahu apa yang perlu diperiksa dan di mana untuk membeli. Dengan sedikit penyelidikan dan kesabaran, anda boleh membina sistem yang mantap pada separuh kos daripada sistem baharu.
  • Ingat: Jangan tergesa-gesa, bandingkan harga, tanya soalan, dan uji komponen sebelum buat keputusan.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top