Cara Menyelesaikan Masalah Touchpad Laptop Tidak Berfungsi

Artikel ini merangkumi cara yang paling biasa untuk menyelesaikan touchpad laptop yang tidak berfungsi, termasuk opsyen untuk membantu unfreeze mouse cursor.

Jika anda tidak dapat menyelesaikan isu ini selepas mencuba penyelesaian di artikel ini, ia mungkin tidak berfungsi kerana sebab lain.

Dalam kes ini, kami mengesyorkan anda bawa laptop anda ke kedai pembaikan komputer untuk analisis lanjut.

touchpad
Touchpad

Untuk melakukan beberapa pilihan penyelesaian masalah pada artikel ini, anda perlu menyambungkan mouse luaran USB.

Operating System Not Responding

Perkara pertama yang perlu diperiksa ialah lihat sama ada komputer dan Operating system anda berfungsi dengan baik atau tidak.

Jika komputer stuck, bermakna ia tidak bertindak balas terhadap sebarang arahan yang anda berikan. Dalam kes ini, ia juga tidak akan berfungsi.

Untuk menyemak isu ini, cuba tekan key Windows untuk melihat sama ada Start Menu dibuka.

Fungsi Fn Key

Sesetengah laptop mempunyai  Fn key + function key combo untuk enable and disable touchpad laptop. Jika laptop anda mempunyai ciri ini, tekan button untuk menghidupkan atau mematikannya beberapa kali.

External Device

Sesetengah input devices USB disable touchpad secara automatik apabila disambungkan.

Sebagai langkah penyelesaian masalah, matikan komputer, cabut semua device luaran, kemudian restart komputer untuk memastikan salah satu daripadanya tidak mematikannya.

Jika ini menyelesaikan masalah anda, anda boleh sambungkan semula USB device untuk meneruskan penyelesaian masalah atau menukar settings yang dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

Pengguna Windows – Settings Touchpad

  1. Tekan key Windows, taip touchpad dan pilih settings touchpad dalam hasil carian. Atau, tekan key Windows+I untuk membuka settings, kemudian klik device, touchpad.
  2. Dalam window touchpad, pastikan switch Touchpad On/Off disetkan kepada On. Jika ia dimatikan, ubahnya untuk berada dalam kedudukan On.
  3. Uji touchpad untuk melihat sama ada ia berfungsi.

Pengguna Windows – Mouse Settings

  1. Tekan key Windows, taip Control Panel, kemudian tekan Enter.
  2. Klik pilihan Hardware and Sound.
  3. Di bawah Device dan Printers, klik opsyen mouse.
  4. Dalam window Mouse Properties yang terbuka, cari settings touchpad anda. Mereka biasanya berada di bawah tab paling kanan di sebelah Hardware.
  5. Pastikan terdapat tanda semak di dalam kotak di sebelah enable touchpad.
  6. Laraskan sebarang seting lain mengikut keinginan anda, kemudian klik Apply, kemudian OK.
  7. Uji touchpad untuk melihat sama ada ia berfungsi.

Jika anda tidak melihat tab touchpad dalam window mouse properties, cuba langkah berikut.

  1. Dalam window Mouse Properties, klik tab Hardware.
  2. Semak entry dalam senarai device bernama HID-compliant mouse. Jika anda mempunyai mouse USB yang disambungkan ke laptop anda , anda mungkin melihat dua entry HID-compliant mouse. Klik setiap entry untuk mencari entry yang tidak mempunyai USB Location property.
  3. Apabila anda menemui entry HID-compliant mouse untuk touchpad (entry bukan USB), klik butang Properties.
  4. Dalam window HID-compliant mouse Properties, semak device status untuk melihat sama ada ia menyatakan, ” This device is working properly.” Jika ia menyatakan yang lain, maka terdapat masalah dengan touchpad.
  5. Jika  device touchpad tidak berfungsi dengan betul, anda boleh cuba update drivers. Klik pada Change settings , klik tab driver, kemudian klik butang Update driver. Klik pilihan Search automatically untuk membolehkan Windows mencari driver yang di Update pada komputer dan Internet.

Pengguna Apple macOS

  1. Untuk macOS, akses System Preferences dalam menu Apple di bahagian atas skrin desktop. Untuk MacBook Pro, klik ikon System Preferences di bahagian bawah skrin desktop.
  2. Dalam window  System Preferences, klik ikon Trackpad untuk membuka seting Trackpad.
  3. Laraskan mana-mana settings trackpad yang anda lebih suka ubah.
  4. Uji trackpad untuk melihat sama ada ia berfungsi.

Reset Setting

Jika ianya telah dihidupkan atau enabled, resetting boleh membetulkan isu tersebut.

Pengguna Windows

  1. Tekan key Windows, taip touchpad dan pilih pilihan  Touchpad settings dalam hasil carian. Atau, tekan key Windows+I untuk membuka settings, kemudian klik  Devices, touchpad.
  2. Dalam touchpad window, scroll ke bawah ke bahagian Reset your touchpad dan klik butang Reset .
  3. Uji touchpad untuk melihat sama ada ia berfungsi.

Pengguna Apple macOS

Dalam macOS, tiada cara untuk menetapkan semula semua seting default untuk trackpad. Walau bagaimanapun, anda boleh menetapkan semula beberapa seting trackpad dengan melakukan perkara berikut.

  1. Buka Terminal app.
  2. Masukkan commands berikut, tekan key Return atau Enter selepas setiap commands.
Capture 1

Anda boleh cuba melaraskan seting trackpad lain secara manual untuk melihat sama ada perubahan pada seting membetulkan isu dan memastikan trackpad berfungsi semula.

Memeriksa Device Manager  Dan Update Drivers

Jika ianya masih tidak berfungsi, Windows Device Manager boleh memberitahu anda maklumat terperinci tentang isu Hardware dan membantu anda update drivers.

Contohnya, jika terdapat tanda seru kuning atau X merah di sebelahnya, terdapat isu Hardware atau software.

Untuk mencari touchpad dalam Device Manager , ikut langkah di bawah.

  1. Tekan Windows key dan taip Device Manager , kemudian tekan Enter.
  2. Di bawah Your PC, touchpad disenaraikan di Mice and other pointing devices atau  Human Interface Devices. Jika ia disenaraikan di bawah  Human Interface Devices, ia mungkin dinamakan sebagai HID-compliant touchpad . Double click salah satu daripada dua untuk mencari touchpad.
  3. Cari touchpad, klik kanan ikon dan pilih Update Driver Software.
  4. Klik Search automatically for updated driver software dan ikuti langkah seterusnya.

Ini merupakan Senarai Software Driver Updater Terbaik.

Check Bios Setup

Pastikan ia tidak disabled dalam setup BIOS.

Setelah dalam setup BIOS, semak hardware device settings dan jika touchpad laptop anda disabled, aktifkan semula dan restart laptop.

Corrupt Operating System Files

Satu lagi sebab yang mungkin ia tidak berfungsi ialah Corrupt Operating system files.

Walaupun anda akan melihat isu-isu lain juga disebabkan oleh fail sistem yang rosak, ini boleh menyebabkannya tidak berfungsi.

Membetulkan ini memerlukan anda mengaktifkan recovery point pada tarikh sebelum ianya berhenti berfungsi, atau anda mungkin perlu melakukan operating system repair installation.

Repair installation memerlukan anda akses restore partition pada hard disk atau gunakan operating system install disc.

Hardware Yang Rosak

Akhirnya, jika touchpad laptop masih tidak berfungsi dengan betul selepas mencuba pilihan penyelesaian masalah di atas, ia mungkin rosak.

Hubungi pengeluar komputer untuk cadangan lanjut atau bawa laptop ke kedai pembaikan komputer.

Ia mungkin memerlukan penggantian touchpad itu sendiri atau komponen hardware lain.

Jika tidak dapat diperbaiki, anda boleh sambungkan mouse luaran sebagai penyelesaian.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top