Cara Format Laptop Acer TravelMate P214-53

Bagi sesiapa yang mencuba untuk format laptop Acer TravelMate P214-53 dengan memasukkan Windows 10, anda pasti tertanya-tanya mengapa SSD/HDD anda tidak dapat dikesan.

hard disk not detected thumbnail
Hard disk not detected

Tiada pilihan dalam BIOS untuk menukar SATA mode. Update BIOS dan Ctrl + s juga tidak membantu.

Sistem yang mempunyai Core I generasi ke-11 (platform Tiger Lake), menyebabkan hard disk SATA tidak dapat dikesan.

Disebabkan ciri baharu yang tersedia dengan produk ini, driver diperlukan untuk Intel Rapid Storage Technology (iRST). Untuk menggunakan driver ini semasa installation Windows , sila gunakan langkah berikut untuk format laptop Acer TravelMate P214-53:

  1. Download : IRST (Intel® Rapid Storage Technology) Driver.
  2. Extract fail IRST Driver dan save pada bootable USB pendrive anda.
  3. Lagi sekali masukan USB bootable pendrive ke laptop anda dan tekan F12. Anda masuk kembali ke Boot Option dan pilih Bootable pendrive anda.
  4. Klik pada “Load Drive”.
  5. Klik pada “Browse”.
  6. Pilih fail “IRST (Intel® Rapid Storage Technology) Driver”.
  7. Klik “Next”, biarkan dia membuat scan dahulu dan laptop anda sedia untuk membuat windows installation.

5 Pengetahuan Asas Tentang Format Laptop

Ramai di antara kita sebenarnya pandai format laptop sendiri tanpa ke kedai. Terima kasih kepada Google dan Youtube kerana menyediakan tutorial percuma. Proses format laptop kelihatan mudah, tetapi anda perlu memahami beberapa pengetahuan asas tentang format, termasuk: Jika anda tidak membuat backup terlebih dahulu, proses format akan memadam semua data, termasuk sistem pengendalian komputer riba …

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Format Laptop?

Apakah itu format laptop? Sebelum kami terangkan dengan lebih detail bila masa yang sesuai untuk format komputer riba anda, kami akan kongsikan beberapa maksud/kefahaman umum artikel “format komputer/laptop” ini. Memformat komputer ialah proses memadam data dan mengimbas sektor yang rosak dalam hard disk. Apabila memasang sistem operasi baharu, ia tidak akan memasukkan data ke dalam …


Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top