Laptop Tertumpah Air – Apa Yang Perlu Dilakukan?

Kebanyakan pengguna komputer riba terutamanya remaja atau pelajar gemar minum air atau makan sambil menggunakan komputer riba.

Walaupun dah beribu-ribu kali pesan jangan makan dan minum dekat laptop tetapi kalau dah jadi tabiat memang langsung tidak peduli dengan apa-apa larangan kan?

Selain itu, ada juga tabiat pelajar yang suka memegang komputer riba tanpa membawa sebarang beg ketika berjalan.

Dalam perjalanan ke kelas, hujan pula renyai-renyai, baru nak simpan laptop, tapi tak berhasil sebab hujan sudah pun menitis ke atas laptop.

Apabila sesuatu telah berlaku dan anda tidak boleh menghidupkan laptop anda, menyesal pun sudah terlambat.

Mahal sangat nak hantar repair, tak mampu, dan yang masih belajar, cari masalah sendiri, cari penyakit sendiri.

Sama ada anda sanggup menanggungnya atau tidak, terpaksa juga anda hadapinya dengan rela hati.

Air Tumpah, Apa Yang Berlaku Pada Laptop

PART 16

Apabila laptop terkena/tempias/percikan air pasti akan berlaku dan rosak terutamanya peralatan/komponen dalam laptop.

Kerosakan yang boleh berlaku pada komputer riba termasuk:

  • Akan berlaku litar pintas elektrik disebabkan oleh bahan cecair yang bersentuhan dengan komponen yang sedang mengalir arus elektrik.
  • Komponen komputer riba akan berkarat.
  • Letupan kecil dalam bekalan kuasa menyebabkan komponen terbakar/hangus.
  • Komputer riba tidak boleh dihidupkan semula kerana renjatan elektrik.

Apa Yang Rosak Jika Air Tumpah Pada Laptop?

Keyboard

stream water pours laptop keyboard 183270 333

Apabila ada orang yang minum atau menitikkan air dekat laptop, risiko terpercik air pada keyboard adalah sangat mudah, kerana kita hanya manusia biasa, jadi kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Jika air tumpah pada permukaan keyboard, pastikan air tidak masuk/mengalir ke dalam celah-celah keyboard.

Jika tidak, komponen dalaman laptop mungkin rosak.

keyboard adalah aksesori komputer riba yang paling mudah untuk dimasuki air, kerana terdapat rongga pada setiap sisi keyboard yang membolehkan air masuk dengan mudah.

Hard Disk

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 6

Hardisk adalah bahagian yang sangat penting dalam laptop.

Sudah tentu, jika hardisk itu basah dengan air, ia juga mudah rosak, kerana hardisk adalah komponen sensitif air dan hentakan.

Apabila hardisk rosak, semua data di dalamnya tidak boleh diselamatkan lagi.

Ini disebabkan kecuaian pengguna yang degil yang sentiasa memperlekehkan perkara sebegitu, akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Motherboard

mobo

Setiap laptop mempunyai lubang udara laptop.

Apabila laptop tertumpah air, air tersebut dengan mudahnya akan mengalir lalu memasukki di celah lubang udara laptop. 

Setelah itu, komponen yang paling utama untuk rosak adalah motherboard sehingga menyebabkan short circuit berlaku ketika anda sedang menggunakan laptop tersebut. 

Kawasan lubang laptop sangat terdedah untuk air masuk, jadi sebagai pengguna haruslah sentiasa berwaspada. Jika

Setiap komputer riba mempunyai lubang udara.

Apabila laptop tertumpah air, air mudah mengalir masuk ke dalam lubang udara laptop.

Selepas itu, bahagian yang paling penting rosak adalah motherboard, jadi litar pintas akan berlaku apabila anda sedang menggunakannya.

Kawasan lubang udara komputer riba mudah untuk dimasuki air, jadi sebagai pengguna, anda harus sentiasa berwaspada.

Jika anda ingin meletakkan komputer riba di atas meja, pastikan tiada kelopak air, dan jangan letak di kawasan berhampiran air atau bahan lembap, seperti di dapur.

Jika motherboard sudah rosak, tidak ada gunanya untuk menyesalinya.

Tindakan Apa Yang Perlu Dilakukan, Laptop Terkena Air

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 8

Jika laptop tertumpah air semasa sedang digunakan, anda mesti mencabut semua power cable. Kemudian segera matikan untuk mengelakkan masalah litar pintas.

7
7
1

Jika terkena hujan, jangan sesekali cuba menhidupkannya untuk memastikan ia masih boleh berfungsi. Jangan okay! Melakukan ini semasa komputer riba masih basah boleh menyebabkan renjatan elektrik pada komputer riba.

Selepas mengelak dari perkara di atas, jom ikuti langkah di bawah:

PENTING : Tanggalkan sambungan bateri pada komputer riba supaya ia tidak mengalirkan arus elektrik.

6
  • Putuskan sambungan semua peranti yang disambungkan ke komputer riba, seperti tetikus, pembesar suara, dsb.
6i0N3l5S 2 1
  • Gunakan kain lembut atau pembersih vakum dengan penyedut kecil untuk menyedut keluar cecair, terutamanya power jack, port usb, dsb.
  • Pusingkan komputer riba dengan kedudukan keyboard berada di bawah, dan letakkan kain tebal atau tuala yang boleh menyerap air dengan berkesan dan cepat.
4

Jika air masuk ke dalam komputer riba, sila buka bahagian pada komputer riba untuk membolehkan air mengalir keluar dengan mudah terutamanya keyboard. Ia juga membolehkan anda mengeringkan air tersebut dengan lebih mudah.

3
  • Lap kering dengan kapas/kain lembut pada bahagian yang sukar seperti motherboard.
  • Semasa mengelap, jangan terlalu ganas atau kasar untuk mengelakkan kerosakan lain.
  • Apabila komputer riba dibuka, angin-anginkan dengan surat khabar atau kipaskan, bagi membantu mempercepatkan pengeringan komponen komputer riba.
8
  • Jangan gunakan pengering rambut, kerana ia mengeluarkan haba yang boleh merebak dengan cepat ke bahagian komputer riba.

Ingat! Komputer riba sangat sensitif kepada haba, sebab itu apabila komputer riba terlalu panas, komponennya mudah rosak.

  • Selepas memastikan komputer riba dalam keadaan kering, pasang semula bahagian yang telah dipisahkan dengan kemas dan utuh, kemudian hidupkan komputer riba seperti biasa.
10

Jika berjaya dihidupkan, alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, jika sebaliknya, sila dapatkan segera bantuan pakar di kedai servis komputer riba yang dipercayai, kerana bekalan kuasa atau chipset komputer riba mungkin menghadapi masalah.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top