Komputer riba kini menjadi pilihan ramai untuk bermain permainan video , bekerja di luar pejabat (sentiasa dilihat di sekitar McDonald’s, Starbucks, KFC) dan banyak lagi. Ramai pengguna berasa tertekan apabila menghadapi masalah laptop tidak hidup.
Berdasarkan situasi sebenar, beberapa kenalan mereka akan mengeluarkan spekulasi awal seperti “Laptop tidak hidup, beli baru!”
Sila baca ini sebelum membeli komputer riba baharu. Terdapat 8 sebab mengapa komputer riba tidak boleh dihidupkan iaitu:
Power Source
Ini adalah perkara pertama yang anda perlu tumpukan dahulu, walaupun ia kelihatan remeh. Soket plug elektrik anda mungkin rosak atau sebab lain. Mula-mula gunakan test pen untuk mengujinya.
Power Cord
Ini perlu disimpan dengan betul. Cara anda menggulung atau penyimpanan yang salah akan meningkatkan lagi risiko kerosakan.
Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada power cord anda rosak atau tidak:
-Gunakan power cord pada komputer riba lain.
-Atau gunakan power cord lain pada komputer riba anda.
Klik sini untuk beli power cord dengan kami
Adapter
Adapter yang rosak akan menghalang bateri anda daripada dicas dan komputer riba anda tidak dapat dihidupkan. Seperti power cord, ia juga memerlukan cara penyimpanan yang betul atau cara penggulungan yang betul untuk mengurangkan risiko kerosakan.
Adapter juga boleh diuji dengan cara yang sama seperti power cord. Walau bagaimanapun, jika terdapat LED pada adapter, ianya lebih mudah untuk diperiksa. LED biasanya berwarna biru, kuning atau hijau, bergantung pada jenama charger komputer riba yang digunakan.
DC Jack
Merupakan port untuk menghubungkan pengecas dengan papan induk. DC Jack biasanya mengalami kerosakan secara tidak menentu.
Ia bergantung kepada bagaimana individu itu menggunakan charger dengan komputer riba melalui DC Jack.
Kebanyakannya rosak kerana charger disambungkan dengan kasar ke komputer riba.
Ini adalah komponen pertama pada motherboard yang perlu diperiksa. Melainkan bateri komputer riba anda masih mempunyai cas, anda tidak mempunyai cara lain untuk memeriksanya sendiri.
Juruteknik biasanya menggunakan peralatan yang membolehkan mereka melihat bacaan arus (ampere) yang memasuki komputer riba untuk menguji DC Jack.
Power Button
Percaya atau tidak. Power button juga merupakan sebab mengapa komputer riba tidak boleh dihidupkan.
Power button adalah sama dengan keyboard. Jika anda menekan terlalu kerap, ia akan lebih cepat rosak.
Menggantikan power button sememangnya memerlukan kemahiran, kerana komponennya terletak di dalam komputer riba.
BIOS
Cip BIOS akan dikeluarkan dan kemudian diprogramkan semula oleh juruteknik. Kerja ini memerlukan ketelitian dan kepekaan yang tinggi untuk mengelakkan kerosakan pada komponen lain.
Processor
Prosesor juga boleh menjadi punca masalah di mana laptop tidak dapat dihidupkan secara langsung. Bergantung kepada jenisnya, setiap satu mempunyai harga yang berbeza. Beberapa komputer riba menggunakan prosesor yang boleh dicabut dari soket. Manakala beberapa prosesor tidak boleh dikeluarkan kerana ia telah dipasang pada papan induk. Kosnya juga agak tinggi.
Motherboard
Kerosakan motherboard juga merupakan sebab mengapa laptop tidak boleh dihidupkan. Biasanya disebabkan oleh kerosakan air. Inilah sebabnya kita sentiasa ingat untuk tidak meletakkan sebarang minuman di tepi komputer riba. Bukan sahaja minuman, haiwan peliharaan juga harus dijauhkan dari komputer riba, kerana ia boleh menyebabkan kemasukan air. Kami pernah membaiki komputer riba yang terkena kencing kucing. Baunya sangat teruk.
Kami mengesyorkan agar anda sentiasa memberi perhatian dan pastikan komputer riba yang anda gunakan sentiasa dalam keadaan baik. Servis komputer riba anda setiap 6 bulan untuk memastikan kerosakan serius dapat dielakkan.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech