5 Punca Laptop Off Sendiri Yang Patut Anda Tahu

Masalah laptop auto shutdown berlaku apabila menggunakan laptop, tetapi pengguna selalu mengabaikan masalah tersebut.

Kerana sesetengah orang beranggapan bahawa masalah laptop shutdown sendiri bukanlah masalah yang serius.

Setiap apa yang berlaku pada laptop kita pasti ada sebab dan puncanya.

Contoh: Bateri cepat habis. Mungkin cycle count telah melebihi atau bateri tidak boleh dicas, atau bateri mungkin rosak.

Apabila anda menggunakan komputer riba anda untuk tugasan kerja, menonton filem atau YouTube, tiba-tiba laptop dimatikan secara automatik.

Kemungkinan punca masalah termasuk:

  1. Overheating laptop
  2. Masalah operating system
  3. Masalah motherboard
  4. Masalah bateri
  5. Masalah hard disk mungkin rosak

Panas yang melampau pada laptop

Laptop yang tidak pernah diservis boleh menyebabkannya menjadi sangat panas..

Laptop Panas
Laptop Panas

Kenapa?

Kerana habuk terkumpul terlalu banyak, ia menghalang udara masuk dan keluar.

Kipas kotor
Kipas kotor

Komputer riba menjadi panas apabila thermal paste kering, dan suhu laptop tidak dapat dikawal dengan baik.

Thermal paste kering
Thermal paste kering

Masalah Operating System

Siapa sangka kadangkala Operating System juga boleh menjadi punca.

(Terutamanya bila anda jarang windows update)

Penyelesaiannya ialah anda boleh memformat atau membaiki operating system tersebut.

Masalah Motherboard

Masalah Laptop Auto shutdown juga disebabkan oleh motherboard.

HP Laptop Motherboard Repair
HP Laptop Motherboard Repair

Mungkin motherboard juga mengalami masalah kerana laptop terlalu panas sehingga menjejaskan komponen lain.

Masalah Bateri

Bateri kembung
Bateri kembung

Bateri laptop anda mungkin rosak atau hampir mati, dan boleh menyebabkan laptop dimatikan secara automatik semasa digunakan.

Hard disk rosak

Hard disk rosak
Hard disk

Masalah atau kerosakan pada hard disk drive (HDD) juga boleh menjadi penyebab laptop mengalami auto shutdown.

Biasanya cakera keras (hard disk) yang rosak akan mengeluarkan bunyi pelik.

Servis Laptop Sangat Penting!

Mengapa servis laptop penting?

Ramai pengguna tidak tahu pun apa itu servis.

Akibat Apabila Lama Tidak Servis

  • Tersumbat habuk
  • Aliran udara terhalang
  • Motherboard problem (graphic card dan processor mungkin rosak)
  • Tiada display pada skrin laptop
  • Laptop tidak boleh dihidupkan

Perkara seperti ini boleh merosakkan laptop dengan mudah.

Kebanyakan masalah berpunca daripada heat sink yang terganggu oleh habuk tebal dan menyebabkan CPU overheat.

*Graphic Chipset juga sangat sensitif kepada haba

⚠Haba adalah musuh utama komponen elektronik

Thermal Paste juga perlu dijaga pada bahagian processor & GPU.

Thermal paste pada processor dan komponen GPU juga perlu dijaga.

*Jika thermal paste kering atau keras, laptop akan mudah panas.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top