8 Punca Utama Laptop Anda Tidak Boleh Switch On

Komputer riba kini menjadi pilihan ramai untuk bermain permainan video , bekerja di luar pejabat (sentiasa dilihat di sekitar McDonald’s, Starbucks, KFC) dan banyak lagi. Ramai pengguna berasa tertekan apabila menghadapi masalah laptop tidak hidup. Berdasarkan situasi sebenar, beberapa kenalan mereka akan mengeluarkan spekulasi awal seperti “Laptop tidak hidup, beli baru!”

Sila baca ini sebelum membeli komputer riba baharu. Terdapat 8 sebab mengapa komputer riba tidak boleh dihidupkan iaitu:

Power Source 

Ini adalah perkara pertama yang anda perlu tumpukan dahulu, walaupun ia kelihatan remeh. Soket plug elektrik anda mungkin rosak atau sebab lain. Mula-mula gunakan test pen untuk mengujinya.

Power Cord 


Power cord perlu disimpan dengan betul. Cara anda menggulung atau penyimpanan yang salah akan meningkatkan lagi risiko kerosakan.

Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada power cord anda rosak atau tidak:

-Gunakan power cord pada komputer riba lain.
-Atau gunakan power cord lain pada komputer riba anda. 

Klik sini untuk beli power cord dengan kami

Adapter 

Adapter yang rosak akan menghalang bateri anda daripada dicas dan komputer riba anda tidak dapat dihidupkan. Seperti power cord, ia juga memerlukan cara penyimpanan yang betul atau cara penggulungan yang betul untuk mengurangkan risiko kerosakan.

Adapter juga boleh diuji dengan cara yang sama seperti power cord. Walau bagaimanapun, jika terdapat LED pada adapter, ianya lebih mudah untuk diperiksa. LED biasanya berwarna biru, kuning atau hijau, bergantung pada jenama charger komputer riba yang digunakan.

DC Jack 

DC Jack ialah port untuk menyambungkan charger dengan motherboard. DC Jack biasanya rosak secara tidak menentu. Ia bergantung kepada bagaimana individu itu menggunakan charger dengan komputer riba melalui DC Jack. Kebanyakannya rosak kerana charger disambungkan dengan kasar ke komputer riba.

DC Jack adalah komponen pertama pada motherboard yang perlu diperiksa. Melainkan bateri komputer riba anda masih mempunyai cas, anda tidak mempunyai cara lain untuk memeriksanya sendiri.

Juruteknik biasanya menggunakan peralatan yang membolehkan mereka melihat bacaan arus (ampere) yang memasuki komputer riba untuk menguji DC Jack.

Power Button 

Power button

Percaya atau tidak. Power button juga merupakan sebab mengapa komputer riba tidak boleh dihidupkan. Power button adalah sama dengan keyboard. Jika anda menekan terlalu kerap, ia akan lebih cepat rosak. Menggantikan power button sememangnya memerlukan kemahiran, kerana komponennya terletak di dalam komputer riba.

BIOS 

BIOS

Cip BIOS akan dikeluarkan dan kemudian diprogramkan semula oleh juruteknik. Kerja ini memerlukan ketelitian dan kepekaan yang tinggi untuk mengelakkan kerosakan pada komponen lain.

Processor

Processor juga boleh menyebabkan masalah laptop tidak boleh dihidupkan secara langsung. Mengikut jenis, masing-masing mempunyai harga yang berbeza. Sesetengah komputer riba menggunakan Processor yang boleh dicabut dari soket. Dan sesetengah Processor tidak boleh dialih keluar kerana ia telah dipasang pada motherboard. Dan kosnya agak tinggi.

Motherboard 

Kerosakan motherboard juga merupakan sebab mengapa laptop tidak boleh dihidupkan. Biasanya disebabkan oleh kerosakan air. Inilah sebabnya kita sentiasa ingat untuk tidak meletakkan sebarang minuman di tepi komputer riba. Bukan sahaja minuman, haiwan peliharaan juga harus dijauhkan dari komputer riba, kerana ia boleh menyebabkan kemasukan air. Kami pernah membaiki komputer riba yang terkena kencing kucing. Baunya sangat teruk.

Kami mengesyorkan agar anda sentiasa memberi perhatian dan pastikan komputer riba yang anda gunakan sentiasa dalam keadaan baik. Servis komputer riba anda setiap 6 bulan untuk memastikan kerosakan serius dapat dielakkan.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top