Microsoft kini membenarkan pengguna install Windows 11 pada device yang tidak memenuhi keperluan minimum sistem.
Walaupun ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna Windows 10 dengan hardware lama, terdapat amaran penting yang perlu dipertimbangkan.
Microsoft menekankan bahawa installation pada unsupported hardware boleh menyebabkan ketidakstabilan sistem, masalah keserasian, dan ketiadaan official support serta kemas kini : Rujukan Microsoft
Mengapa Microsoft Membenarkan Install Windows 11 pada Unsupported hardware?
Keperluan minimum sistem Windows 11, seperti TPM 2.0 dan supported CPU, telah mengehadkan ramai pengguna dengan hardware lama daripada menaik taraf.
Sebagai respons kepada maklum balas pengguna, Microsoft kini membenarkan installation pada unsupported device dengan amaran berikut:
- Tiada Official support: Device yang dipasang dengan cara ini tidak akan menerima support daripada Microsoft.
- Isu Stabiliti: Kemungkinan berlaku masalah stabiliti yang boleh menjejaskan prestasi dan kestabilan sistem.
- Ketiadaan Kemas Kini: Device mungkin tidak menerima kemas kini, termasuk kemas kini keselamatan penting.
Langkah-Langkah Install Windows 11 pada Unsupported hardware
Amaran: Mengubah suai Registry secara tidak betul boleh menyebabkan masalah serius. Pastikan anda memahami risiko sebelum anda teruskan.
- Backup Data Anda: Sebelum mula, pastikan semua data penting dibackup.
- Ubah Suai Registry:
– Buka Registry Editor: Tekan Win + R, taip regedit, dan tekan Enter.
– Navigasi ke: HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\Setup\MoSetup
– Cipta value DWORD baharu:
– Nama: AllowUpgradesWithUnsupportedTPMOrCPU
– Type: REG_DWORD
– Value: 1 - Download Media installation:
– Lawati laman rasmi Microsoft untuk medownload media windows 11. - Laksanakan Installation:
– Jalankan media installation dan ikuti arahan pada skrin.
– Installation akan memintas pemeriksaan keperluan hardware.
Pertimbangan Penting
- Risiko: Installation pada unsupported hardware boleh menyebabkan masalah serius yang memerlukan installation semula sistem operasi.
- Fungsi Terhad: Prestasi dan kestabilannya pada unsupported device tidak dijamin.
- Syor Microsoft: Microsoft mengesyorkan agar tidak install Windows 11 pada device yang tidak memenuhi keperluan minimum sistem.
Kesimpulan
Walaupun Microsoft kini membenarkan windows 11 installation pada unsupported hardware, ia datang dengan risiko yang perlu dipertimbangkan dengan teliti.
Pastikan anda memahami implikasi dan bersedia menghadapi sebarang masalah yang mungkin timbul sebelum meneruskan installation.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech