5 Kesan Buruk Jika Cara Shutdown Tidak Betul

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu hari ini. Mesti ada yang suka menutup komputer/laptop tanpa menekan butang shutdown dulu kan?. Ia disebabkan malas menunggu proses shutdown yang memakan masa. Tetapi tahukah anda jika anda menutup komputer/laptop anda tanpa shutdown, ia boleh mendatangkan kesan buruk. Berikut 5 Kesan Buruk Jika Cara Shutdown Tidak Betul

Kehilangan Data Dalam Registry

Jika anda selalu matikan komputer dengan cara yang salah, ia akan mendaftarkan aplikasi komputer yang tersedia, yang mana akan menyebabkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan dalam registry. Ini akan menyebabkan system recovery tidak berfungsi dengan baik.

Memendekkan Jangka Hayat Komponen Komputer

Ia akan mengurangkan jangka hayat komponen komputer kerana apabila komputer ditutup dengan cara yang tidak betul, Processor akan menghantar arahan kepada bios untuk menghentikan semua kerja komponen dan komponen akan mudah rosak dari semasa ke semasa.

Processor Mudah Rosak

Processor

Semasa komputer ditutup, Bios akan memainkan peranan penting dalam menutup fan cooler pada processor. Bayangkan jika ianya tidak ditutup dengan betul, processor akan mudah rosak.

Memory Mudah Rosak

Apabila sistem ditutup, memori atau cache akan dikosongkan, mengakibatkan kerosakan memori. Memori yang saya maksudkan disini ialah Ram. Berikut ialah beberapa artikel lain tentang RAM.

RAM

Kerosakan Pada Hard Disk

Hard Disk

Jika operating system tidak ditutup dengan betul, kemungkinan besar hard disk akan mudah rosak. Kerana kegagalan kuasa secara tiba-tiba, head hard disk akan rosak dengan cepat. Ini 3 Tanda Hard Disk Mula Rosak

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top