Ramai orang datang ke Tera Tech atas sebab yang sama seperti skrin laptop rosak. Dari situ saya pasti lebih ramai yang menghadapi masalah ini kan?
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana rupa skrin komputer riba yang rosak, di sini saya ingin berkongsi tanda-tanda skrin komputer riba anda mula bermasalah supaya anda boleh membetulkannya dengan cepat.
Ada Keretakan Pada Skrin
Skrin komputer riba yang retak mempunyai garis rekahan atau keretakan pada skrin. Keretakan yang teruk boleh menyebabkan masalah lain seperti skrin berbintik-bintik, dan tiada display langsung.
Punca masalah skrin komputer riba retak lebih mudah dikesan berbanding masalah lain. Ini kerana masalah selalunya berpunca dari luar. Sebagai contoh, komputer riba telah dijatuhkan, komputer riba ditutup terlalu kasar, komputer riba remuk, atau objek telah dibaling pada skrin komputer riba menyebabkan ia retak.
Ada Garisan Pada Skrin
Garis-garis halus pada skrin komputer riba ini boleh muncul dalam dua cara, mendatar dan menegak. Ada yang berwarna-warni sehingga mengganggu penglihatan anda semasa bekerja menggunakan komputer riba.
Isu ini biasanya disebabkan oleh tumpahan cecair pada komputer riba yang menyebabkan gangguan pada kad grafik atau komponen di dalam komputer riba. Akan tetapi, anda masih boleh selamatkan laptop anda jika anda bertindak dengan cepat mengeringkan laptop anda.
Walau bagaimanapun, jika ini tidak dilakukan maka ia akan merebak ke skrin. Saya cadangkan agar anda menggantikan kad grafik dengan yang baru dan menghantar komputer riba kepada pakar untuk dibaiki.
Cahaya Skrin Gelap (Malap)
Masalahnya boleh dikenal pasti apabila brightness komputer riba telah dihidupkan ke maksima, tetapi lampu skrin komputer riba masih malap. Ada yang pada mulanya terang dan kemudian malap, ada yang hanya malap di bahagian tertentu. Ini menunjukkan bahawa skrin komputer riba anda rosak.
Masalah ini biasanya berlaku kerana komputer riba terlalu lama usianya. Jika komputer riba terlalu lama usianya dan tidak dinaik taraf, prestasi komputer riba akan merosot. Cahaya malap pada skrin komputer riba adalah salah satu kesan kemerosotan prestasi komputer riba tersebut.
Terdapat Tompokan Hitam Pada Skrin
Cara bintik-bintik hitam muncul pada skrin komputer riba ini seperti lebam di tangan. Jika anda menekan terlalu kuat terlalu lama, lebam akan muncul di kawasan yang ditekan. Begitu juga dengan skrin komputer riba yang ditekan oleh objek asing apabila anda menutup komputer riba.
Masalah ini berlaku apabila anda menutup komputer riba tanpa memeriksa terlebih dahulu. Boleh jadi, ada duit syiling, pen, dan segala objek asing yang tertinggal di atas permukaan keyboard anda. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada skrin apabila anda menutupnya begitu sahaja.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech