Apakah Fungsi Serta Perbezaan Antara BIOS & CMOS?

BIOS dan CMOS kedua-duanya berfungsi kepada bahagian penting motherboard komputer. Kedua-duanya penting, tetapi mereka bukan perkara yang sama.

BIOS

BIOS (Basic Input/Output System) ialah software wajib yang disimpan dalam cip pada motherboard komputer. Ia adalah system pertama yang running apabila anda menghidupkan komputer anda.

BIOS melaksanakan POST, yang memulakan dan menguji hardware komputer anda. Kemudian ia mencari dan menjalankan boot loader anda, atau operating system secara langsung.

BIOS juga menyediakan interface mudah untuk mengkonfigurasi hardware komputer anda.

BIOS Setup

Apabila anda start komputer anda, anda mungkin melihat mesej seperti “Press F2 for setup.” Setup ini ialah antara interface configuration BIOS anda.

CMOS

Apabila anda membuat perubahan pada configuration BIOS anda, settings tidak disimpan pada cip BIOS itu sendiri. Sebaliknya, ia disimpan pada cip stored khas, yang dirujuk sebagai CMOS.

CMOS bermaksud “Complementary Metal-Oxide-Semiconductor”. Ia juga adalah nama proses pembuatan yang digunakan untuk mencipta processor, RAM dan digital logic circuits.

CMOS juga nama untuk cip yang dibuat menggunakan proses tersebut.

Seperti kebanyakan cip RAM, cip yang menyimpan settings BIOS anda dihasilkan menggunakan proses CMOS.

Ia memegang sejumlah kecil data, biasanya 256 bytes.

Maklumat pada cip CMOS termasuk jenis disk driver yang dipasang, tarikh dan masa semasa sytem clock, dan komputer boot sequence anda.

Sesetengah motherboard, CMOS ialah cip yang berasingan.

Walau bagaimanapun, pada kebanyakan motherboard moden, ia disepadukan dengan RTC (Real Time Clock) di southbridge.

Memory BIOS ialah non-volatile: mengekalkan maklumatnya walaupun komputer tiada kuasa kerana komputer perlu mengingati settings BIOSnya walaupun semasa ia dimatikan.

Itulah sebabnya CMOS mempunyai sumber kuasa sendiri, iaitu bateri CMOS.

Cmos Battery

Battery CMOS ialah battery litium ion berukuran sebesar syiling. Ia boleh menahan caj sehingga sepuluh tahun sebelum diganti.

Jika battery CMOS anda mati, settings BIOS akan di reset semula kepada default apabila komputer anda dimatikan.

NOTE : Jika anda on komputer dan settings anda telah di reset semula, bateri CMOS anda mungkin mati. Sebagai contoh, hard drive anda mungkin tidak lagi dikesan, atau system jam anda mungkin ditetapkan semula kepada tarikh pada masa lalu, seperti 1 Januari 1970. Jika ini berlaku, anda boleh menggantikan battery cmos anda.

Jadual Perbandingan: Perbezaan antara BIOS dan CMOS

PARAMETERBIOSCMOS
DefinisiNon-volatile software yang digunakan untuk memulakan hardware semasa proses boot dan menyediakan runtime service untuk operating system dan program.Cip memori khas dalam motherboard yang menyimpan dan memegang settings konfigurasi BIOS.
Long FormBasic Input Output System.Complementary Metal Oxide Semiconductor.
Jenis MemoriNonvolatile.Volatile.
Fungsi UtamaMemulakan hardware semasa proses boot dan menyediakan runtime service untuk operating system dan program.Menyimpan semua settings BIOS.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top