13 Cara Menyelesaikan Masalah Wi-Fi Tidak Berfungsi

Terdapat banyak punca yang menyebabkan sambungan Wi-Fi tidak berfungsi. Di bawah ialah cara-cara menyelesaikan masalah Wi-Fi tidak berfungsi.

Wi-Fi Tidak Dihidupkan Pada Device

Kebanyakan laptop moden mempunyai butang yang menghidupkan dan mematikan Wi-Fi pada device anda sebagai ciri keselamatan. Anda boleh melihat mana-mana butang atau penunjuk lampu yang hidup menandakan Wi-Fi anda telah dihidupkan. Biasanya, lampu akan menjadi biru atau hijau apabila dihidupkan.

Sahkan Sambungan Wireless Dihidupkan

Dalam Windows, pastikan sambungan tidak dimatikan dengan mengklik “start”, taip “network connection” dalam kotak carian dan klik pilihan “View network connections”.

TIPS:    Dalam Windows 8, taip “network connection” di mana-mana sahaja pada Start screen dan pilih pilihan “View network connections” dalam hasil carian. Dalam Windows 10, taip “network status” dalam kotak carian di sebelah “Start” dan tekan Enter. Dalam window Status, di bawah bahagian “Change your network settings”, klik pilihan “Change adapter options”.

Dalam window “Network Connections”, jika wireless connections anda disenaraikan, “right-cllick” padanya dan pilih “Enable”. Jika anda melihat “Disable“, sambungan rangkaian sudah dihidupkan.

Pastikan SSID Dan Kunci Keselamatan Betul

Jika senarai wireless connection anda menunjukkan berbilang wireless network yang tersedia, pastikan anda sambung ke SSID (router) yang betul dan masukkan kunci keselamatan yang betul.

Jika anda sambung ke router jiran atau masukkan kunci keselamatan yang salah, laptop tidak dapat sambung ke network.

Pastikan Internet Berfungsi

Jika anda boleh sambungkan device anda ke Wi-Fi, tetapi Internet anda tidak berfungsi, masalahnya mungkin pada perkhidmatan Internet dan bukan device anda.

Cara untuk  pastikan sambungan Internet berfungsi adalah dengan sambungkan device lain, seperti komputer, telefon pintar atau tablet ke Internet.

Jika Internet berfungsi pada device lain, maka masalahnya ialah komputer device atau laptop.

Jika Internet tidak berfungsi pada mana-mana device, mungkin terdapat masalah dengan router, modem atau ISP (Internet service provider).

Hubungi pasukan teknikal ISP anda untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah sambungan Internet anda.

Reset Modem Dan Router Anda

Ia adalah perkara biasa untuk modem DSL, modem kabel atau router yang menghadapi masalah menghalang satu atau lebih device daripada sambung ke network.

Untuk membantu mengesahkan ini bukan masalahnya, putuskan sambungan kuasa dari belakang modem dan router.

Setelah putuskan sambungan, tunggu 10-15 saat dan sambungkan semula bekalan kuasa.

Tunggu beberapa minit untuk modem dan router sambung semula ke Internet, kemudian cuba sambungkan Internet pada komputer anda.

Jika anda masih menghadapi masalah, cuba reboot komputer.

Matikan Firewall

Jika anda mempunyai lebih daripada satu software firewall dipasang pada komputer, ini boleh menyebabkan banyak masalah dengan sambungan network anda.

Untuk membantu mengesahkan ini bukan masalahnya, kami cadangkan untuk mematikan sebarang software firewall pada komputer buat sementara waktu.

Matikan Windows Firewall atau mana-mana Firewall yang disertakan dengan program keselamatan.

Delete Device Driver Wifi Card Anda Dan Biarkan Windows Mengesannya Semula

  1. Buka Window Device Manager.
  2. Dalam Device Manager, expand bahagian “Network adapters” untuk melihat semua network device.
  3. Highlightkan wireless adapter network Wi-Fi anda dan tekan keypad “delete” untuk membuang device tersebut. Jika terdapat kotak semak untuk uninstall driver, biarkan tidak ditanda buat sementara waktu.
  4. Setelah driver device di buang, tutup semua window, reboot komputer dan biarkan Windows mengesan semula dan install network card dengan sendiri.

Jika cara diatas tidak menyelesaikan masalah anda, itu mungkin masalah driver itu sendiri.

Dibawah menunjukkan langkah untuk install semula driver wireless card anda.

Install Semula Network Driver Terkini

  1. Cari dan download driver network untuk network adapter anda. Jika boleh, kami mengesyorkan dapatkan driver terus daripada pengilang (cth., Dell, HP, Linksys atau Netgear).
  2. Buka Windows Device Manager.
  3. Dalam device manager, expand bahagian “Network Adapter” untuk melihat semua network device.
  4. Highlightkan Wireless network adapter atau WiFi anda dan tekan keypad “delete” untuk membuang driver device tersebut. Jika terdapat kotak semak untuk uninstall driver, tandai kotak tersebut.
  5. Setelah device driver dibuang, tutup semua window yang terbuka dan install driver yang didownload. Jika terdapat fail setup (.exe), run fail tersebut.
  6. Reboot komputer dan cuba sambungan Internet anda untuk melihat sama ada ia berfungsi atau tidak.

Ubah Kedudukan Wireless Router Atau Komputer Anda

Jika komputer anda mengalami kesukaran mengekalkan signal yang kuat dengan wireless router anda, ia boleh menyebabkan masalah sambungan.

Pastikan ini tidak menjadi masalah dengan cuba meletakkan semula kedudukan router dan menyesuaikan antenanya.

Jika anda menghadapi masalah kekuatan signal, pertimbangkan untuk mendapatkan wifi extender (repeater) untuk rumah atau pejabat anda untuk memastikan semua kawasan mendapat signal yang kuat.

Sebagai alternatif, anda boleh cuba menukar frekuensi router untuk mengurangkan gangguan signal daripada wireless device.

Hard Reset Laptop Anda

Jika anda mempunyai laptop, cuba reset dengan mengikut langkah di bawah.

  1. Matikan komputer.
  2. Setelah laptop dimatikan, cabut kabel AC (kuasa) dan keluarkan baterinya.
  3. Selepas mengeluarkan bateri dan cabut sambungan power kord, biarkan komputer dimatikan selama 30 saat. Semasa dimatikan, tekan dan tahan butang power on dalam  5-10 saat.
  4. Selepas 30 saat, masukkan semula bateri ke dalam komputer dan sambungkan power kord .
  5. Hidupkan laptop dan semasa komputer sedang boot masuk, masuk ke dalam CMOS setup.
  6. Dalam CMOS setup, reset CMOS kepada setting asal, save setting, dan kemudian keluar dari setup.

Jika Wi-Fi anda masih tidak berfungsi, cuba buang driver WiFi adapter anda daripada Device Manager dan reboot laptop anda untuk Windows mengesan Wifi adapter sekali lagi.

Operating Sistem Corrupt

Jika selepas mencuba semua langkah di atas dan sambungan Wi-Fi anda masih tidak berfungsi, isu itu mungkin berkaitan dengan kerosakan fail dalam operating system anda.

Sebagai langkah terakhir, kami cadangkan format semuanya dan install semula operating system anda. Format boleh mengesahkan semuanya bersih dan tiada masalah wujud pada komputer anda.

Hardware Rosak

Jika selepas mencuba semua cadangan sebelumnya, dan anda masih tidak dapat membuat sambungan Wi-Fi berfungsi, WiFi adapter berkemungkinan besar rosak.

Sekiranya anda mempunyai desktop dengan Wi-Fi card yang built-in pada motherboard anda, periksa segala kabel antena dan jika semuanya baik, tukarkan motherboard baru.

Kami juga mencadangkan supaya laptop anda diservis.

Anda telah melakukan semua langkah di atas tetapi masih tidak berfungsi? Ini adalah masalah router internet anda dan perlu diganti.

Penyelesaian

Jika menggantikan hardware tidak sesuai dengan bajet anda atau anda memerlukan penyelesaian yang lebih cepat, penyelesaiannya ialah dengan menggunakan USB WiFi adapter ke komputer.

Adapter ini agak murah dan boleh dipasang dengan cepat ke dalam komputer dengan mengandaikan tiada apa-apa lagi masalah dengan komputer.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top