Bagaimana Untuk Membuat Password Fail Dan Folder Dalam Windows

Oleh kerana kebanyakan versi Windows tidak mempunyai cara untuk membuat password yang melindungi fail dan folder anda, kami disini memberi perkongsian tentang cara untuk encypt fail dan folder.

Untuk membuat password fail dan folder anda dalam Windows, anda perlu menggunakan third-party program.

TIPS : Sebelum membuat password pada mana-mana dokumen, anda perlu membuat backup fail dan folder yang tidak mempunyai password sebagai persediaan awal jika anda terlupa password itu pada masa hadapan.

Pengguna Microsoft Windows Vista, 7, 8 dan 10

Malangnya, Windows Vista, Windows 7, Windows 8 dan Windows 10 tidak menyediakan sebarang ciri password untuk fail atau folder. Anda perlu menggunakan program third-party software untuk ini.

Jika anda ingin encrypt fail atau folder, ini boleh dilakukan dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pilih fail atau folder yang ingin anda encrypt.
  2. Right-click fail atau folder dan pilih Properties.
  3. Pada tab General , klik butang Advanced .
  4. Tandai kotak untuk pilihan “ Encrypt contents to secure data “, kemudian klik OK pada kedua-dua windows.

Note : Jika pilihan " Encrypt contents to secure data" tidak boleh dipilih atau tersedia, anda mungkin mempunyai Windows Home edition, yang tidak menyokong ciri ini. Ia juga mungkin bahawa hard disk di mana fail itu terletak tidak diformatkan sebagai NTFS.

Fail dan folder yang kerap digunakan atau diakses

Jika anda perlu  password protect atau encrypt data yang anda kerap gunakan, anda perlu install third-party program yang membolehkan anda melindungi fail dan folder anda. Di bawah ialah beberapa software percuma dan komersial.

7-Zip – Utiliti pengezip fail dan folder percuma, yang termasuk keupayaan untuk password protect fail dan folder yang dizip.

AxCrypt – Utiliti encryption percuma yang sangat baik yang membolehkan pengguna encrypt semua fail dalam folder dan tidak membenarkan fail tersebut dilihat melainkan passphrase (password) diketahui.

Folder Guard – Versi komersial software password protection yang membolehkan anda melindungi password fail, folder dan sumber Windows yang lain.

Protected Folder – Dengan bayaran yang rendah, ia merupakan program software yang sangat baik yang membolehkan anda melindungi folder dengan password.

Perkara yang perlu diingat semasa encrypt atau membuat password fail dan folder

  1. Tiada yang memberi perlindungan 100%. Terdapat banyak alat, utiliti dan arahan untuk memecahkan encryption dan password pada fail. Walau bagaimanapun, kaedah perlindungan yang disenaraikan di atas akan melindungi fail anda daripada kebanyakan pengguna yang mungkin menghadapinya. Jika anda mempunyai data yang sangat sensitif, kami cadangkan produk komersial untuk melindungi fail dan data anda.
  2. Walaupun fail atau folder mungkin dilindungi password, ia masih boleh dipadam (melainkan program tersebut mempunyai keupayaan untuk melindungi fail daripada dipadam). Sentiasa ingat untuk membuat backup semua fail anda, walaupun yang dilindungi oleh password.
  3. Jika anda terlupa password, melainkan anda sanggup meluangkan masa cuba membukanya atau membayar seseorang, semua data yang dilindungi akan hilang. Oleh itu, adalah penting untuk backup salinan fail atau folder yang tidak dilindungi password, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top