Seperti mengosongkan cache dalam web browser anda, mengosongkan cache dalam Windows adalah permulaan yang baik untuk menyelesaikan masalah sistem, meningkatkan prestasi sistem dan mengosongkan ruang hard disk. Inilah adalah cara untuk kosongkan cache anda dalam Windows 10.
Kosongkan Cache Fail Sementara dengan Disk cleanup
Ini cara untuk kosongkan cache fail sementara, masukkan “Disk Cleanup” dalam bar carian yang terdapat di sudut kiri bawah desktop pc anda.
Pilih pada “Disk cleanup“, yang akan muncul dalam hasil carian Windows.
Setelah dipilih, Disk cleanup akan mula mengira jumlah ruang yang boleh anda kosongkan pada OS drive (C:).
Disk cleanup untuk OS drive (C:) kini akan muncul. Scroll ke bawah dan semak kotak di sebelah ” Temporary Files.” Anda juga boleh memilih untuk memadam fail-fail dari tempat lain, seperti “ Recycle Bin” atau “Download.”
Setelah anda memilih perkara yang ingin anda padam, klik “Clean Up System Files.”
Setelah Windows mengira jumlah ruang storage yang akan dikosongkan pada OS drive (C:), anda akan dibawa ke halaman yang sama sekali lagi. Kali ini, pilih fail dan lokasi untuk kali kedua yang anda mahu padamkan dan kemudian klik “OK.”
Warning akan muncul. Untuk mengesahkan anda pasti ingin memadamkan fail secara kekal. Pilih “Delete Files.”
Disk cleanup kini akan membersihkan fail-fail yang tidak diperlukan pada PC anda. Proses ini boleh mengambil dalam masa beberapa minit.
Cara kosongkan Cache DNS
Jika anda ingin mengosongkan cache DNS PC Windows 10 anda, buka Command prompt sebagai administrator. Untuk melakukan ini, taip “CMD” pada bar carian Windows yang terdapat di sudut kiri bawah desktop PC anda.
Bar carian “Command Prompt” akan scroll dalam hasil carian. Klik kanan dan pilih pada”Run as administrator“
Seterusnya, jalankan arahan berikut: (ipconfig/flushDNS)
Anda akan menerima satu mesej yang memberitahu bahawa anda telah berjaya memadamkan Cache Resolver DNS.
Cara kosongkan Cache Store Windows
Untuk mengosongkan cache store Windows, buka “Run” dengan menekan Windows+R pada keyboard anda. Windows “Run” akan muncul. Dalam kotak teks di sebelah “Open“, taip WSReset.exe dan kemudian klik “OK.”
Setelah anda pilih, Windows CMD akan muncul pada desktop anda. Tiada apa yang boleh anda lakukan di sini, jadi tunggu sebentar sementara ia mengosongkan cache store anda.
Setelah Windows ditutup, cache dikosongkan dan Store Windows akan dilancarkan. Anda boleh menutup aplikasi Store Windows.
Cara Kosongkan Location Cache
Pertama, klik ikon “Windows” di sudut kiri bawah desktop anda untuk membuka menu mula, Dari sana, pilih ikon “Gear” untuk membuka settings Windows.
Windows “Settings” akan muncul. Turun ke bawah dan pilih pilihan “Privacy“.
Anda kini akan berada dalam group “Privacy” pada settings. Dalam Windows sebelah kiri, pilih “Location“, yang terdapat dalam bahagian “App Permissions“.
Dalam Windows seterusnya,turun ke bawah sehingga anda menemui group “Location History“. Di sini, pilih “clear” di bawah tajuk “Clear Location History On This Device“.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech