Cara Mengatasi Masalah Preparing Automatic Repair

Preparing Automatic Repair secara ringkasnya adalah satu mode yang membaiki data operating sistem yang rosak. Ianya terjadi kerana terdapat kerosakan pada file sistem, yang mana menyebabkan laptop atau komputer tidak boleh boot.

Ia juga boleh terjadi akibat auto atau force shutdown berulang kali yang bermaksud laptop atau komputer anda mati secara tiba-tiba samada putus bekalan elektrik atau masalah hardware.

preparing automatic repair
Preparing Automatic Repair

Kadang-kadang, ia akan memaparkan “Automatic Repair couldn’t repair your PC“. Jadi disini saya akan kongsikan beberapa cara untuk anda mengatasi masalah ini.

1. Restart

Pertama sekali, anda boleh cuba restart laptop atau pc anda. Semasa skrin anda baru menyala, cuba tekan F8 berulang kali sehingga muncul satu paparan.

Restart
Restart

Kemudian pilih Enable Safe Mode dan Restart laptop atau PC anda.

2. Buka Hardware

Dengan membuka komponen yang aktif, masalah preparing automatic repair mungkin dapat diatasi kerana dengan mencabut komponen tersebut, ia akan Reset balik PC atau laptop anda.

memasang ram
Memasang ram

Untuk PC, anda boleh membuka RAM, Hard Disk dan CMOS Battery anda. Sebelum anda membuka komponen ini pastikan anda matikan PC anda terlebih dahulu. Setelah kesemuanya dibuka, pasang balik dan switch on PC anda.

Untuk laptop pula, matikan laptop anda kemudian buka dan pasang balik bateri laptop anda. Kena ingat bateri laptop ada yang berada di luar dan ada juga yang berada di dalam. Jika anda tidak mempunyai kepakaran, serahkan kepada juruteknik komputer.

3. Format

Langkah ini adalah pilihan terakhir. Sebelum format, jika ada data penting di dalam laptop atau pc anda, kena buat data backup terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan data anda daripada hilang semasa proses format kerana proses format perlu untuk delete semua data di dalam hard disk.

format laptop
Format laptop

Disini saya kongsikan video saya menyelesaikan masalah Preparing Automatic Repair pelanggan saya.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top