Bagaimana Update Graphics Drivers Bagi Meningkatkan Performance Komputer?

Graphics drivers ialah software yang membenarkan sistem operasi dan program – program anda menggunakan graphics hardware pada komputer anda.

Jika anda bermain game PC, anda harus memastikan graphics driver komputer anda sentiasa update kepada yang baru untuk mendapatkan performance terbaik daripada hardware anda.

Mengapa Anda Perlu Update Graphic Drivers Anda?

Update pada motherboard komputer anda, Sound Card dan network drivers pada umumnya tidak memberikan peningkatan kelajuan.

Update sering membetulkan bugs pada pc/laptop anda tetapi ianya jarang berlaku, tetapi mereka juga kerap memperkenalkan bugs baharu selepas update.

Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku dengan drivers yang telah di update untuk graphics drivers anda, juga dikenali sebagai GPU atau video card.

NVIDIA dan AMD kedua-duanya kerap mengeluarkan graphics drivers baharu yang biasanya memberikan peningkatan performance utama, terutamanya untuk game yang lebih baharu.

Dengan Intel semakin serius tentang performance integrated graphics, mereka telah mula mengeluarkan update video driver yang lebih kerap juga.

Cara Mengenal pasti Graphics Card Anda

Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti graphics hardware pada komputer anda, termasuk built-in dan third-party sistem information utiliti.

Walau bagaimanapun, cara paling mudah mungkin dengan hanya menekan Start, taip “System Information” ke dalam search box, dan kemudian tekan Enter.

si 1
System Information

Dalam windows “System Information“, di sebelah kiri, scroll ke bawah ke kategori “Display“. Di sebelah kanan, cari graphics adapter model anda dalam entri “Adapter Type” atau “Adapter Description

gd 3
System Information

Jika anda melihat kedua-dua perkakasan Intel dan NVIDIA pada laptop, laptop anda berkemungkinan menggunakan teknologi pensuisan intelligent switch antara Intel graphics yang lebih baik untuk hayat bateri dan NVIDIA graphic pula berprestasi lebih baik untuk gaming. Dalam kes ini, anda perlu update NVIDIA drivers anda untuk meningkatkan performance gaming anda.

Mendapatkan Update Yang Terkini

Untuk sesetengah jenis graphics hardware yang integrated ke dalam laptop (juga dikenali sebagai GPU laptop), anda mungkin tidak boleh mendapatkan drivers straight daripada graphics adapter manufacturer. Anda mungkin perlu mendapatkan update drivers daripada pengilang laptop anda, dan mereka mungkin tidak kerap mengeluarkan update untuk laptop anda.

Walau bagaimanapun, anda biasanya boleh mendapatkan graphics drivers yang dikemas kini daripada graphics hardware manufacturer’s website anda sendiri:

Anda perlu memilih model yang tepat bagi graphics card komputer anda, yang dipaparkan dalam Device Manager window.

Untuk ketiga-tiga pengeluar utama, anda boleh memasukkan butiran penyesuai anda di tapak web dan download drivers yang betul.

gd 4
Option 1

Anda juga mempunyai pilihan untuk membiarkan scan sistem anda untuk menentukan drivers yang anda perlukan secara automatik.

gd 5
Option 2

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top