Ya, ramai di antara kita masih memandang rendah masalah adapter rosak. Mungkin harga adapter itu terlalu murah bagi mereka.
Biar saya terangkan bagaimana kita ingin mengetahui masalah adapter rosak. Ia perlu diambil serius kerana ia boleh menyebabkan mimpi buruk yang berpanjangan, kemurungan, insomnia dan mandi tak basah.
- Apabila kursor tetikus menjadi tidak menentu.
- Adapter panas apabila komputer riba dimatikan.
- Adapter terlalu panas.
- Buat bunyi seperti percikan api.
- Bau seperti terbakar.
- Apabila ikon pengecasan tidak menentu.
- Kabel adapter kembung.
- Lapisan getah wayar terkoyak.
Sudahkah anda servis laptop anda? Tahukah anda bahawa laptop perlu diservis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau setahun sekali? Jika belum servis, anda boleh menghubungi kami di sini.
Servis laptop dapat mencegah laptop anda daripada overheat. Ini kerana setiap kali servis, habuk akan dibuang dan thermal paste akan diganti. Ini Kepentingan Thermal Paste Dalam Penjagaan Komputer.
Selain itu, servis juga dapat mencegah laptop anda daripada mengalami kerosakan pada motherboard. Motherboard ialah komponen utama yang menghubungkan segala-galanya dalam komputer. Jika motherboard rosak, komponen lain juga berisiko rosak. Sebab itu kos membaiki motherboard ini tinggi. Ini 5 Tanda Kerosakan Pada Motherboard Laptop.
Bagaimana pula dengan format? Pernahkah anda mendengar perkataan format?
Saya kerap menerima aduan dari pelanggan, mereka mengadu tentang prestasi laptop mereka yang sangat slow. Jadi mereka pun mengambil keputusan untuk format.
Akan tetapi, penyelesaian dengan format laptop nampaknya tidak berhasil melajukan komputer mereka. Jadi jelas disini jika laptop anda slow dan ingin lajukan laptop anda, format sahaja tidak mencukupi. Anda kena upgrade laptop anda.
Apa yang perlu diupgrade? Upgrade HDD anda. Tukar hard disk anda kepada SSD. Saya jamin prestasi laptop anda akan meroket naik.
Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech