Shutdown vs Hibernate vs Sleep? Mana Yang Lebih Baik?

Anda jenis pengguna yang mana? Shutdown? Hibernate? atau Sleep?

Picture1

Komputer hari ini sangat kompleks dan direka bentuk untuk memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan mod sleep atau hibernate.

Jadi, anda boleh gunakan mod yang disediakan ini tanpa menutup komputer anda berulang kali.

Walau bagaimanapun, dalam mode sleep dan hibernate, komputer anda sebenarnya masih running kerana tidak ditutup sepenuhnya.

Jadi jika anda kerap menggunakan mod sleep/ hibernate ini selama berminggu-minggu, adakah ini bermakna komputer anda telah running tanpa henti selama berminggu-minggu?

Apabila komputer tidak digunakan, operating system menyediakan pengguna dengan beberapa pilihan untuk mengawal cara komputer beroperasi.

Itulah sebabnya pilihan seperti shut down, sleep dan hibernate tersedia, yang telah lama menjadi sebahagian daripada fungsi operating system.

Tetapi yang mana satu harus anda pilih?

Apa gunanya butang shutdown jika anda masih menggunakan sleep dan hibernate dalam jangka masa yang lama?

Dan soalan yang paling penting, apa yang berlaku jika komputer tidak shutdown untuk jangka masa yang lama?

Adakah ia akan merosakkan komputer anda?

Akibat Lama Tidak Shutdown Komputer

Komputer moden hari ini sebenarnya direka untuk running untuk jangka masa yang lama tanpa ditutup sepenuhnya.

Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu anda fahami.

Apabila anda shutdown, komputer akan tutup semua program, clear ram dan delete data sementara yang berada dalam storage utama.

Tetapi, jika anda memilih untuk sleep atau hibernate, data yang disimpan akan kekal disimpan dan program/software yang dibuka akan kekal beroperasi.

Picture2
Ram

Jika komputer anda mempunyai jumlah RAM yang besar, anda boleh menggunakan komputer untuk jangka masa yang lebih lama tanpa menutupnya sepenuhnya.

Tetapi tidak kira berapa banyak memori komputer anda, komputer anda sudah tentu akan mula perlahan pada satu ketika.

Sebabnya ialah kerana RAM sudah mula penuh dengan pelbagai aplikasi dan service yang tidak digunakan.

Pada ketika ini, masalah lain juga boleh timbul seperti error atau crash semasa running program tertentu.

Apabila masalah dan isu sedemikian timbul, pengguna akan menutup atau restart semula komputer untuk mengosongkan RAM kerana ia pada asalnya bertujuan untuk komputer berjalan dengan lebih lancar.

Dalam sistem komputer, komponen bergerak seperti hard disk boleh rosak lebih cepat daripada hardware lain yang hanya menggunakan komponen elektronik.

Bayangkan komputer anda tidak dimatikan untuk masa yang lama, Hard Disk anda akan berputar tanpa henti.

Picture3
Hard disk

Seterusnya, ini akan mempercepatkan proses penuaan komponen.

Bagaimana pula jika anda tidak menggunakan hard disk?

Baiklah, jika anda menggunakan SSD sebagai storan utama, dan ia tidak menggunakan elemen mekanikal seperti Hard Disk, masih terdapat bahaya kepada komponen komputer yang lain.

Ini kerana komputer tidak ditutup sepenuhnya, sistem masih running, dan ia akan menjadi panas jika ia dihidupkan sepanjang masa.

Mengapakah komputer server boleh beroperasi dalam tempoh yang lama tanpa shut down?

Tidak semua komputer sama, dan server perlu terus beroperasi untuk jangka masa yang lama untuk mengekalkan perkhidmatan mereka.

Ini kerana ia menggunakan sedikit sumber untuk beroperasi, contohnya :

  • Jumlah program yang dibuka sedikit.
  • Operating systemnya hanya tertumpu pada penggunaan server.
  • Persekitaran terjaga, seperti bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan sejuk.
Picture4
Server

Oleh itu, sistem komputer server ini sangat berbeza daripada komputer pengguna yang biasa.

Jadi sudah tentu mereka mempunyai pengecualian kerana keperluannya yang berbeza.

Bilakah Perlu Shutdown, Sleep, atau, Hibernate yang betul?

Secara keseluruhannya, komputer sekarang cukup moden untuk running selama beberapa hari tanpa menutupnya.

Jika anda kerap menggunakan komputer anda dan tidak mahu shutdown kerana terlalu banyak fail dan kerja, gunakan sahaja sleep mode untuk kembali bekerja dengan cepat tanpa menunggu lama.

Gunakan mode hibernate jika anda tidak mahu menggunakan komputer anda untuk jangka masa yang lama (contohnya, beberapa hari) dan ingin menjimatkan kuasa.

Anda boleh memilih untuk shut down komputer anda selepas bekerja atau anda tidak mahu menggunakannya untuk masa yang lama.

Shut down membantu memadamkan proses dan perkhidmatan yang tidak diperlukan daripada RAM, dan apabila anda menghidupkan semula komputer anda, sudah tentu ianya akan berjalan dengan lebih lancar berbanding sleep atau hibernate mode.

Dengan panduan dan penjelasan di atas, saya harap anda boleh menggunakan komputer anda dengan lebih cekap.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top
Scroll to Top