Cara Menyelesaikan Masalah Boot Error “PXE-E61: Media Test Failure, Check Cable”

Jika komputer desktop atau komputer riba anda gagal boot dan memberikan error seperti:

PXE-E61: Media test failure, check cable

Atau

PXE-M0F: Exiting PXE ROM         

PXE

Ini menunjukkan yang terdapat masalah pada PXE komputer anda (pre-boot execution environment). Biasanya, error ini berlaku apabila boot sequence anda salah dikonfigurasikan dalam BIOS anda, atau peranti boot anda (biasanya hardisk anda) tidak dapat dibaca dengan betul.

Troubleshooting media test failure

Untuk menyelesaikan masalah mesej media test failure error, ikuti langkah penyelesaian masalah di bawah.

1. Boot komputer anda dan masuk ke BIOS setup anda. Pastikan boot sequence tidak dikonfigurasikan untuk network boot. Pastikan hardisk anda disenaraikan dalam boot sequence. Jadikan hardisk anda peranti pertama dalam boot sequence anda menggunakan kekunci yang ditunjukkan di bahagian bawah skrin anda.

2. Jika hardisk tidak disenaraikan sebagai salah satu pilihan dalam boot sequence, ini mungkin menunjukkan hardisk yang gagal berfungsi atau sambungan kabel yang longgar. Bagi komputer desktop, power off,  buka casing dan pastikan sambungan ke hardisk anda disambungkan dengan ketat dan betul.

Pada imej di bawah, menunjukkan sambungan kuasa dan data hardisk SATA biasa.

AS

Ia berkemungkin juga bahawa kabel SATA rosak dan komputer tidak dapat mengesan hardisk kerana kabel SATA yang telah rosak. Jika kabel telah disambungkan dengan kuat ke hard disk dan ke motherboard, dan error masih berlaku, cuba gantikan kabel SATA.

Note: Jika komputer anda ialah laptop, anda mungkin tidak dapat membukanya dan menyemak sambungan. Dalam kes ini, kami mengesyorkan agar profesional terlatih melaksanakan tugas ini untuk anda.

3. Anda juga mungkin perlu menyemak jumper pada hardisk anda untuk memastikan ia dikonfigurasi dengan betul. Sekali lagi, ini hanya disyorkan jika ia adalah komputer desktop dan bukan laptop. Rujuk manual hardisk anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang setting jumper yang betul.

4. Dalam setup BIOS anda, cari pilihan diagnostik untuk menguji sendiri hard disk drive utama anda. Rujuk manual komputer atau motherboard anda untuk mendapatkan butiran.

5. Jika semuanya gagal, cuba tetapkan semula BIOS anda kepada factory setting.

Hard drive Bermasalah

Jika mengikuti langkah-langkah di atas tidak membantu menyelesaikan masalah malangnya berkemungkinan hard disk itu rosak dan perlu diganti.

Apabila hard disk menjadi rosak, ia tidak lagi boleh boot dan kerana komputer tidak mempunyai boot device, anda akan mendapat error ini.

Malangnya ini juga bermakna sebarang data yang tidak di-backup juga hilang jika hardisk rosak.

Hard drive Yang Baru Tidak Berfungsi

Error kegagalan ujian media biasanya disebabkan oleh hard drive yang rosak. Walau bagaimanapun, ia juga mungkin disebabkan hardware lain yang telah rosak.

Jika anda telah memasang hard disk baru, semua sambungan telah dipastikan disambungkan dengan betul, dan masih lagi mendapat masalah yang sama, kabel atau motherboard boleh dikatakan sudah rosak.

Kami menyediakan servis membaiki komputer dan laptop. Yang jauh kami boleh datang. FREE INSPECTION. Tiada repair tiada bayar. Kami covered area Kota Kinabalu – Papar.
Contact us : https://linktr.ee/TeraTech

Scroll to Top